Hidup jangan terlalu merisaukan masa depan yang masih misteri, kerana ia akan menjadi racun kepada pemikiran.
Rebutlah seberapa banyak peluang yang ada pada hari ini! Pastikan setiap saat yang berlalu tidak sia-sia..
Kalau kita pelajar, belajar bersungguh-sungguh dan andainya kita pekerja, jadilah pekerja yang berdaya maju. Belajar, berusaha, berdoa dan bertawakal untuk mencapai kejayaan.
Belajar daripada orang yang bijak. Seseorang itu jahil sekiranya dia berpuas hati dengan hujah orang jahil.
Siapakah orang bijak?
Sesungguhnya dia adalah orang yang di dalam hatinya sentiasa mengingati saat-saat kematian, mereka sentiasa takut untuk melakukan perkara-perkara sumbang.
Siapakah orang yang jahil?
Dia ialah orang yang sentiasa memikirkan yang dia akan hidup selama-lamanya.
Janganlah kita lagukan lagi irama sendu.
Tetapi nyanyikan lagu-lagu kejayaan!
Lemparkan gerhana bulan ke lautan dan berikan senyuman termanismu kepada zaman.
Janganlah kita memandang rendah arti sebuah persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat.
Dua sahabat yang sejati akan selari dalam apa jua bidang yang diceburi, dan saling memahami antara mereka.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan semata.
Teman tertawa hanya bagaikan air di daun keladi, walau tercurah tak berkesan.
Tetapi sahabat sejati bagai air berlalu disungai, walau dicincang ia tak mungkin kan putus.
PERSAHABATAN yang terikat karena cinta pada Allah, tidak akan dapat dipisahkan sampai ia bertemu ditaman syurga..
Andai hidup puncak perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati puncak perpisahan, biarlah hidup ini membawa arti yang nyata.
@LDK_UNISMA45
Tidak ada komentar:
Posting Komentar